| |
 |
213 Mukasurat Paparan
Rahsia Serta Tips Dari
Jurugambar Perkahwinan
Yang Terulung
Di Malaysia!
|
| 1 |
Buku ini ditulis melalui kisah dan pengalaman benar seorang jurugambar di Malaysia yang mengusahakan perniagaan fotografi yang majoritinya berbangsa Melayu. Sekiranya anda mensasarkan untuk berjaya dalam fotografi perkahwinan melayu, anda perlu ada buku ini. |
| 2 |
Pelajari selok belok masalah-masalah yang pernah dihadapi oleh penulis supaya anda tidak perlu mengulangi kesilapan yang sama yang mungkin merugikan anda ribuan, puluhan malah ratusan ribu ringgit. Penjimatan yang besar berbanding dengan harga buku ini. |
| 3 |
Pelajari bagaimana menjadikan sesuatu yang tidak ada potensi kepada lombong emas dalam masa yang singkat. |
| 4 |
Ilmu melalui pengalaman tiada dalam buku dan tidak diajar di mana-mana universiti. Tetapi isikandungan buku ini 100% melalui pengalaman. Ilmu melalui pengalaman adalah bersifat lokal. Untuk menjadi jurugambar terbaik di Malaysia anda perlu pelajari dari Jurugambar terbaik Malaysia, bukannya dari jurugambar terbaik luar negara. Kerana dari segi sosiologi, politik dan demografi yang berlainan kurang sesuai dijadikan panduan. Penulis buku ini, adalah orang Malaysia. |
| 5 |
Pelajari menjadikan hobi dan minat menjadi kerja dan perniagaan yang menguntungkan sehinggakan, anda sudah tidak perlu berkerja lagi kerana anda telah lakukan apa yang anda suka lakukan. Kata pepatah seorang pujangga barat "If you love your work, you're getting your lifetime holiday". |
| 6 |
Ratusan tips yang diselitkan untuk menjadi jurugambar yang terbilang. Ramai jurugambar yang berkemahiran tinggi tetapi gagal memperkenalkan diri mereka di mata masyarakat. Saiful Nang ajarkan anda tentang kepentingan penjenamaan dan beliau lakukannya dengan cara paling murah sekali. |
| 7 |
Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimanai sekiranya anda hendak memulakan perniagaan tanpa modal besar? Saiful Nang sudah tuliskan cerita beliau memulakan empayar CandidSyndrome sehingga ke kota London bermodalkan RM90 tanpa pinjaman atau ihsan sesiapa. |
| 8 |
Pelajari konsep perkongsian foto yang sangat penting yang menjadi kata kunci kejayaan Saiful Nang sehingga tersohor diseluruh negara, Singapura dan Brunei. |
| 9 |
Rahsia pemasaran sehingga bisa membolosi pagar istana raja-raja di Malaysia dan Brunei seawal bulan ke-10 beliau menjadi jurugambar. Pelajari juga bagaimana memenangi hati selebriti-selebriti negara. |
| 10 |
Terlalu banyak yang anda akan pelajari dengan pelaburan RM80 (USD26) dan setiap pembelian anda adalah sumbangan pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin (Rumah perlindungan anak-anak yatim, OKU, ibu tunggal dan golongan asnaf) di Sg. Ramal Baru, Kajang Selangor.
|
|
|
"Kamu ada kamera? Kamu seorang freelancer? Saiful Nang ada sebab kukuh kenapa kamu tak patut melakukannya secara sambilan. Keutamaan fokus pada satu bidang kerja adalah rahsianya. Nak tahu lagi? Kenalah beli, ya."
petikan dari review e-buku ini @ sangpelangi.com. Klik untuk baca |
|
|
Dapatkan e-buku Million Dollar Wedding Photographer oleh Saiful Nang hari ini pada harga RM80.00 (USD$26.00) sahaja!
Kami menerima pembayaran melalui kredit kad, debit kad dan juga debit terus dari akaun bank anda menerusi khidmat pembayaran online kami.
Sila pastikan email anda berfungsi dengan baik
dan sekiranya anda masih belum perolehi buku
anda dalam tempoh lebih dari 2 hari bekerja,
sila periksa "bulkmail" atau "SPAM" folder anda.
Jika ada masalah mengenai pembelian e-buku ini,
email kami di saifulnang@candidsyndrome.com
|
|
| PREVIEW E-BOOK MILLION DOLLAR PHOTOGRAPHER |
Dalam episod prelude penulis bercerita tentang sedikit sejarah penglibatan beliau dalam dunia fotografi dari seorang yang telah gagal dalam perniagaan (bangkrap) sebanyak dua kali, sekali pada 2001 dan sekali pada 2004. Beliau bangkit semula untuk membina empayar yang dinamakan CandidSyndrome.
Permulaan kerjaya beliau ditulis dengan terperinci dalam bab kedua buku ini. Bagaimanakah penekanan “minat†dalam kerjayanya dan bagaimanakah beliau menggandakan RM90 modal permulaan dan dicampur dengan keazaman serta kuasa intelektual, beliau mampu meraih juta dalam 2 tahun dalam bidang yang tidak popular (fotografi perkahwinan)
Pendedahan rahsia besar beliau menggunakan Kuasa internet diperincikan dalam bab seterusnya. Penggunaan fotopage dan konsep perkongsian foto dalam pengembangan reputasi secara yang paling murah dan paling efektif. Topik ini sahaja cukup telah mendedahkan bagaimana beliau sampai ke peringkat antarabangsa dalam masa kurang 3 bulan. Baca juga cara beliau menangani segala kontraversi ciptaan manusia yang irihati kepada kejayaan beliau kepada satu jalan
Susun letak diri dalam piramid pasaran fotografi perkahwinan dan konsep “Blue Ocean Strategy†adalah antara intipati dalam bab ke-4. Beliau juga bercerita tentang pentingnya pengkhususan dan bagaimana kerjaya menjadi jurugambar ini hanya dirasai 1 bulan sahaja secara separuh masa dan kemudian beliau mendapat keyakinan tinggi untuk mengusahakannya secara sepenuh masa. Semuanya dengan pengenalan tentang beberapa perkiraan penting bila untuk menulis surat perletakan jawatan.
Terlalu banyak motivasi dan terlalu banyak yang akan diceritakan dalam buku yang mengandungi lebih dari 10 bab utama dan hampir seratus subtopik yang secara menyeluruh menceritakan tentang bangunnya beliau sebagai seorang jutawaan dari hasil fotografi perkahwinan semata-mata.
Di akhir buku ini juga, ada talian terus untuk anda bertanya tentang ebook ini dan pastinya, beliau sendiri yang akan menjawap semua persoalan tersebut.
|
|
| TESTIMONIALS PEMBELI |
Saya baru beli buku ni Jumaat lepas. Seperti buku-buku lain yang saya minat dan berjaya menambat minat saya, saya habiskan dalam masa sehari je (Alchemist- Paulo Coelho, Rich Dad Poor Dad - Robert T Kiyosaki)
Beberapa Point kenapa saya minat dan terlekat utk baca buku ni;
1) Buku ni mendedahkan tentang "local scene" wedding photography. Terutamanya dari segi sikap, mindset & marketing.
2) Potensi untuk buku perkahwinan tempatan masih besar. Apa yg ada diluar, kebanyakannya buku mat saleh, yg budayanya lain dari kita. Buku sebegini jarang jarang sekali.
3) Antara Idea beliau yg betul menjawab persoalan saya mengenai entry ke wedding photography, ialah konsep photo sharing. Konsep foto sharing ni dengan langsungnya menunjukkan jurugambar memberi
komitmen sepenuhnya terhadap pelanggan disamping membuat "network marketing" dengan "potential customer". Nak paham lebih lanjut.. belilah buku ni. Buat masa sekarang, idea inilah yg. memberikan "AHA moment" terbesar buat saya.
4) Buku ini banyak memberikan klu-klu terhadap persiapan emosi seorang jurugambar. Beliau telah menceritakannya dengan begitu baik sekali.
5) Penulis juga memberi nasihat dan perancangan yg agak terperinci di dalam buku ini.
6) Buku ini selari dengan konsep "abundance mentality." Sebab itu penulis tidak takut-takut dan ragu-ragu mendedahkan banyak resipi kejayaannya di sini
sekian sahaja dari saya. Kalau buku ini dijual di Amazon.com, tanpa ragu2 saya ratingkan 4.5/5
Jamaloogy, Photoskool
|
Salam Sifu maya Mr Saiful Nang..ini merupakan e-book yang pertama yang saya beli kerana saya tidak pernah membeli mana² ebook kerana bagi saya ia hanyalah membazir..tetapi berbeza dengan ebook berkenaan bidang yang saya paling minati, dan saya habiskan membacanya nya hanya dalam masa satu hari sahaja.. pergh... memang berbaloi lah buku nie... sure bukan nak bodek GB... memang best giler lah... terlalu banyak sangat tips dan ilmu...
kadang2.. saya ulang baca lagi..
saya ada jugak beli buku tentang wedding photography dekat kinokuniya KLCC.. yang harganya cecah ratusan jugak lah.. tapi saya rasa buku dari SN nie lebih berbaloi untuk photographer kat malaysia membacanya... bagi saya ianya sangat relevan untuk industri di Malaysia disamping tujuan keduanya adalah menderma..kalau tak caya belilah..sebab i tak leh nak kongsi ngan pembaca yang lain yang tak membeli...(Sebabnya... ada jugak tercatat dalam e-book nih..hehehe)..
congrats GB!..Moga suatu hari nanti saya juga boleh berjaya seperti anda..
Shah Rol, Kuala Lumpur, Malaysia
|
Million Dollar Wedding Photographer is not an ordinary self help book. It gives you inspiration no matter what field you are in. But, if you are into photography especially wedding photography, this book is a must. It is all about how to be innovative, inspirational and do the best to achieve your goal and dreams. It tells you, no matter how hard it is, no matter what people say, there is always a way to make things work. To those out there who is still looking for the right direction in your life, this book might give you the answers that you are looking for. Congratulations to Saiful Nang for producing such an 'eye-opener' ebook. This book is worth every single penny. Get yourself a copy! :)
Wazien Wafa, Medical Student, India |
Saiful , thanks for writing this wonderful book . Banyak sangat benda yang selama nih saya tak nampak . After reading this book tetiba seolah olah mata saya telah dibukak . Skrg baru saya nampak kemana hala tuju saya n apa kesilapan yg saya buat selama nih . Lepas baca dari 1 page ke 1 page ..rasa macam kena tembak hahhaha bukan tak bagus ..makna nya apa yg u tulis tew is so true . Insyaallah akan saya jadikan buku ini sebagai panduan . Bukan senang seorang itew untuk bukak semer cerita pasal dirinya . Jatuh dan bangun bangun ...thanks Saiful . Apa yang u ceritakan ini takkan dapat di mana mana pun . Google pun tak dapat tau .hi hi mmg berbaloi dengan pelaburan RM 50 anda . Anda patut baca sekarang .
I always adore your work dari 1st time u amik gambo Ila n Poek ..sampai la ke Azie ...and i still adore u untill now ..Moon kagum ngan hasil kerja Saiful , semangat juang Saiful n Saiful tak kenal erti putus asa ..u try n try n try ...baca buku nih ada lah 1 cara utk memotivatekan diri kiter ...and the best part is ..walaupun anda dah jauh nun di atas sana menempa kejayaan ..anda still tidak lupa untuk menjenguk kami yg berada di bwah nih . Jutawan Saiful adalah Saiful yg sama ..org yg sama saya kenal 4 thn dolu . All the best Saiful
Moon, Cyberjaya, Malaysia |
In this book, Saiful describes his ups and downs and how he coped with the difficulties establishing something he started as a passion which now has grown in to something big. This is something that most of us could only dream of. It's well structured and easy to understand. For professional photographers out there dreaming to achieve big, this book is a must. For the amount of money you're paying for this book, I say it's priceless.
Arief Hamid, Malaysia |
Walaupun aku sebagai seorang freelance designer (dalam perancangan untuk sepenuh masa), menganggap metod Bro Saiful ini bisa diaplikasikan ke dalam mana-mana syarikat yang menyediakan servis, ataupun yang menjual produk (berkaitan intelek kreatif seperti perisian ataupun sistem). Beliau mendedahkan teknik berfikir untuk mengkaji pasaran, kuasa disiplin dan kepentingan bekerja secara berpasukan.
Masih berdarah luka di ingatanku mengenangkan pedihnya melayan seorang pelanggan yang terlalu cerewet hingga menyebabkan segala urusan lain tergendala. Dek kerana begitu menjaga kredibiliti dan jenama, aku terpaksa tertumpu padanya saja selama seminggu. Alhamdulillah, menerusi ebook ini, Bro Saiful memecahkan kebuntuan, mencerahkan lagi dengan satu rahsia terbaik untuk mewujudkan situasi menang-menang. Terima kasih, bro. Seperti mahu memeluk kamu sekarang juga. Haha.
Irfan Jani. Shizuoka, Japan |
Buku ini amat sesuai untuk bacaan bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang fotografi ataupun yang telah menceburi bidang fotografi. Cabaran, tekanan, pengalaman yang amat menarik daripada Saiful Nang untuk diambil iktibar dan contoh bagi orang baru yang ingin menceburi bidang ini. Berdasarkan pengalaman sebenar empunya diri, Saiful Nang, pengalaman ini ditulis dan dikarang dengan baik sekali dengan disertakan gambar-gambar yang menarik membuatkan kita ingin membaca buku ini sehingga habis dan berulang kali. Jadi, kenapa TIDAK untuk katakan YA untuk anda MEMILIKI buku ini!!!!
5 BINTANG UNTUK BUKU INI!!!! BUKU FOTOGRAFI YANG MENCERITAKAN PENGALAMAN SEBENAR SEORANG FOTOGRAFER TANAHAIR YANG AMAT MENARIK UTK DIBACA DAN DIJADIKAN CONTOH!!!!!
Tijani Mukti, Kuala Lumpur, Malaysia |
First of all congratulations to Saiful for the birth of this e-book. I’ve read the book twice as a fan, as a friend and a business competitor. Truthfully, for me the book is an initial must read tools for all wedding photographer entrepreneur and wedding photographer entrepreneur wannabe ESPECIALLY those in the classification that have an ambition to put a Wedding Photographer profession as one of the most sought after job and not as second class job.
The book is structured is such a way so that you can easily understand its content and apply it to the real world scenario directly to create your own epitome of success. Light reading but compact with a lot of insight information and the HOW TO’s.
Go ahead, get a copy! It’s worth your RM50 investment!
Lam Yian Ping, Batu Pahat, Malaysia |
Alhamdulillah selepas 4jam sy membaca terus menerus million dollar photographer ebook by saiful nang, kini baru sy tahu pahit getir seorang jurugambar perkahwinan iaitu saiful nang memperolehi kejayaannya,dan ternyata ebook ini adalah yg terbaik pernah sy baca, begitu banyak ilmu dan tunjuk ajar yg di tulis di dalam buku ni yg boleh diambil sebagai contoh kita bersama, bagi yg belum mendapatkan nya, cepat dapatkannya,ternyata anda tidak akan rugi.TQVM Saiful Nang.
Muhammad Fauzhan, Johor Bahru, Malaysia
|
|
| LATAR BELAKANG PENULIS |
Saiful Nang, 29 tahun bekas pelajar ijazah sarjana muda kepujian dalam Filem & Animasi di Fakulti Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia dikenali sebagai seorang jurugambar perkahwinan selebriti di Malaysia. Nama beliau dikenali dirantau ini kerana minatnya yang mendalam dalam aliran fotografi. Setelah lebih kurang 5 tahun berkecimpung dalam bidang fotografi secara serius, kini beliau menerajui syarikat Colours of Asia Sdn Bhd (Syarikat yang memegang hakmilik kepada CandidSyndrome International) yang kini berpengkalan di Kuala Lumpur dan bercawangan di Bandar Seri Begawan.
Beliau mengambil pengkhususan dalam Komunikasi Visual semasa menjadi pensyarah di Universiti Limkokwing selama 2 tahun ketika beliau berumur 21 tahun. Dengan pengetahuan yang mendalam dalam Komunikasi Visual, beliau beralih menggunakan kamera sebagai medium komunikasi visual. Memenangi beberapa anugerah dan pertandingan fotografi antarabangsa serta pernah beberapa kali diberikan penghormatan bagi menjadi kumpulan jurugambar rasmi kepada perkahwinan diRaja Brunei. dan perkahwinan-perkahwinan selebriti. Antara selebriti yang pernah mendapat sentuhan beliau dan team CandidSyndrome ialah seperti Erra Fazira & Ning Baizura. Perjalanan kerjaya beliau telah menjelajah sehingga ke London, Dublin, Paris, Italy, Bangkok, Jakarta, Bali, Melbourne, Brunei, Mumbai, Cairo, Alexandria, Riyadh dan banyak lagi tempat-tempat lain di dunia. Sering menjadi liputan media apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang ditawarkan untuk mengadakan pameran di Carroussel Du Louvre, Paris (sebumbung dengan lukisan legenda Monalisa karya Lenardo DaVinci).
Dengan kejayaan beliau semasa usia belum mencecah 30 tahun, kini beliau menerajui sebuah team jurugambar perkahwinan sepenuh masa yang terbesar di Malaysia dengan kira-kira 6 jurugambar senior bersama 11 jurugambar junior dan puluhan jurugambar dalam peringkan perantis. Minat beliau yang mendalam dalam bidang fotografi perkahwinan, beliau pernah mendapat beberapa jolokan dalam media antaranya "Jurugambar Selebriti", "The Magic Finger", "The Milionnaire Photographer" dan beberapa lagi jolokan lain. Kini selain dari menjadi jurugambar perkahwinan, beliau juga merupakan pengasas Photoskool.Net sebuah portal online fotografi yang khusus untuk peringkat beginner yang kini telah disertai lebih 8,000 pelajar maya.
Pengalaman memberikan kursus dan tunjuk ajar kepada golongan yang meminat fotografi telah membuatkan beliau sibuk ke serata rantau untuk memberikan workshop fotografi. Antaranya, beliau pernah dijemput oleh kumpulan jurugambar professional Brunei untuk memberi Photography Talk di SEMEO Voctech, Bandar Seri Begawan, Kuching Sarawak, Multimedia Universiti, UiTM, Universiti-universiti dan politeknik-politeknik. Kreadibiliti beliau sebagai seorang professional yang mampu menjabarkan ilmu fotografi sememangnya tidak dapat disangkal lagi, apatah lagi beliau merupakan seorang bekas pensyarah di Universiti terhebat dalam bidang seni. |
|
| ISI KANDUNGAN |
Inilah isikandungan buku The Million Dollar Photographer yang ditulis sendiri oleh seorang jurugambar jutawan Malaysia.
| PRELUDE |
| PERMULAAN KERJAYA |
| PASSION VS PROFESSION |
| MODAL MULA |
| MODAL INTELEK |
| PEMAHAMAN TENTANG BLUE OCEAN STRATEGY |
| KUASA INTERNET |
| PERANAN FOTOPAGE |
| KONSEP PHOTO SHARING |
| PENGEMBANGAN REPUTASI WOM DENGAN CARA TERPANTAS |
| KONTROVERSI YANG MENJUAL |
| JANGAN TAKUT PADA KRITIKAN |
| MOTIVASI MELALUI INPUT NEGATIF |
| MARKET POSITIONING! |
| PEMILIHAN BIDANG |
| PENGKHUSUSAN |
| SEPENUH MASA |
| MENGENALI DEMOGRAFI PASARAN TEMPATAN |
| MENGENALI PASARAN ANTARABANGSA |
| PIRAMID PASARAN |
| ANDA TENTUKAN KELAS MANAKAH YANG ANDA MAHU BERADA |
| FORMULA PENGIRAAN SAIFUL NANG (FPSN) |
| MENGAPA PERLUNYA PENETAPAN HARGA MENURUT FPSN |
| PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM PENGIRAAN HARGA |
| MODEL FPSN (CONTOH PENGIRAAN) |
| PENENTUAN HARGA PAKEJ MENURUT FPSN |
| PEMASARAN |
| WORDS OF MOUTH (WOM) X 200 |
| PENGIKLANAN DI MAJALAH |
| PEMASARAN TANPA ORANG KETIGA (INDEPENDENT) |
| KONSEP GALERI TERTUTUP |
| KONSEP GALERI TERBUKA |
| PEMBANGUNAN TEAM |
| REKRUT JURUGAMBAR |
| PROGRAM PERANTIS |
| PROGRAM JUNIOR |
| PROGRAM SENIOR |
| KONTRAK JURUGAMBAR |
| PEMBANGUNAN KERJAYA DAN PENDEDAHAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA |
| BILAKAH MASANYA UNTUK ANDA MENGAMBIL PEKERJA |
| PENGURUSAN KAKITANGAN |
| SISTEM KUOTA |
| MOTIVASI KEPADA JURUGAMBAR - KONSEP KIASU |
| SEJARAH HITAM CANDIDSYNDROME |
| KECURIAN |
| FITNAH DAN TOHMAHAN |
| BRIDEZILLA (MONSTER BRIDE) |
| ZAMAN GELAP SEMASA AKAUN TIDAK DIURUS ATAS KERTAS |
| SISTEM PENGURUSAN KERJA BERSISTEM |
| SISTEM PERTANYAAN ONLINE |
| SISTEM KUPON PROMOSI |
| SISTEM TIKET ADUAN |
| KONTRAK PERKHIDMATAN |
| TERMA-TERMA TEMPAHAN |
| DEPOSIT TEMPAHAN |
| KOMPENSASI KELEWATAN |
| MENGEKALKAN KEDUDUKAN DALAM PASARAN |
| PERKHIDMATAN BERKUALITI |
| PENJENAMAAN |
| PELABURAN UNTUK KUALITI PRODUK YANG TINGGI DENGAN HARGA YANG RENDAH |
| PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR INTERNET |
| SERVIS KOMUNITI |
| PEMBINAAN PESAING |
| PERSAINGAN SIHAT MELALUI CLICKCOUTURE |
| PEMBUNUH PASARAN |
| MENGATASI PEMBUNUH PASARAN |
| EKSPANSI ANTARABANGSA |
| LONDON |
| BRUNEI |
| ADELAIDE DAN JAKARTA |
| KEMBANGAN PRODUK |
| KESIMPULAN |
| DI BELAKANG TABIR |
|
|
Hasil penjualan buku ini akan diwakafkan kepada pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sg. Ramal Baru, Kajang. Sebuah rumah perlindungan anak-anak yatim, Orang Kurang Upaya, Ibu-ibu tunggal dan Golongan Asnaf. |
|
Dapatkan e-buku Million Dollar Wedding Photographer oleh Saiful Nang hari ini pada harga RM80.00 (USD$26.00) sahaja!
Kami menerima pembayaran melalui kredit kad, debit kad dan juga debit terus dari akaun bank anda menerusi khidmat pembayaran online kami.
Sila pastikan email anda berfungsi dengan baik
dan sekiranya anda masih belum perolehi buku
anda dalam tempoh lebih dari 2 hari bekerja,
sila periksa "bulkmail" atau "SPAM" folder anda.
Jika ada masalah mengenai pembelian e-buku ini,
email kami di saifulnang@candidsyndrome.com
|
|
HakCipta terpelihara © 2008 Saiful Nang, Colours of Asia Sdn. Bhd.
Segala maklumat yang terkandung di dalam laman web dan e-buku
ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan
tradisional tanpa kebenaran bertulis dari Colours of Asia Sdn. Bhd..
|
|
|